Jelajah Malaysia (JM) 2009 yang memulakan saingannya hari ini menyaksikan pelumba Jepun, Makoto Iijima dari pasukan Bridgestone Anchor sekali lagi membuktikan kehandalannya dengan menjuarai perlumbaan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh.
Kejayaan beliau dalam perlumbaan sejauh 176.8km hari ini bermakna beliau mengulangi pencapaiannya pada JM 2007 apabila turut menakluki peringkat pertama perlumbaan Bentong ke Kuantan.
"Pada kilometer ke-110 lagi saya telah berjaya melepaskan diri daripada kelompok besar. Laluan hari ini juga tidak banyak pendakian dan memberikan saya kelebihan," katanya.
Beliau yang sememangnya merupakan seorang pakar pecut menamatkan perlumbaan dengan merakamkan 3 jam 59 minit dan 55 saat diikuti pelumba Iran Amir Zargari dari pasukan Azad University Continental serta pelumba tempatan Ahmad Haidar Anuawar dari pasukan Trek Marco Polo Cycling yang masing-masing mengekori ditempat kedua dan ketiga.
Iijima, 38, turut membawa pulang jersi kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan dan juga jersi polka dot selaku raja bukit apabila menjadi pelumba pertama yang tiba di zon pendakian di Gopeng.
Sementara itu pelumba tempatan Ahmad Haidar Anuawar yang julung kalinya membuat penampilan dalam pasukan benua Trek Marco Polo, berjaya melepaskan diri daripada bayangan pelumba lain untuk membuktikan kehebatannya sebagai raja pecut.
Pelumba yang berasal dari Cukai, Terengganu itu mengumpul tujuh mata apabila menduduki tempat pertama di zon pecutan pertama di Sungai Besar dan menduduki tempat ketiga pada zon pecutan kedua di Teluk Intan.
"Pada awal persaingan di zon pecutan pertama dan kedua, memang ada sedikit persaingan antara saya dan Anuar Manan (Azad University). Saya akan teruskan strategi yang sama pada hari ini untuk perlumbaan esok bagi mengumpul lebih mata," katanya.
Ahmad Haidar, 23, yang turut membawa pulang jersi pelumba terbaik tempatan sebelum ini pernah mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dan LeTua tetapi sering 'dibayangi' dengan pencapaian rakan sepasukannya, Anuar.
"Sudah tiga tahun saya bersama dengan Anuar bergandingan sebagai rakan sepasukan dan kami masing-masing sudah tahu kelemahan masing-masing. Saya harap dapat mengekalkan jersi putih ini sebelum peringkat pendakian di peringkat tiga," katanya.
Esok, para pelumba akan mengharungi peringkat kedua sejauh 192.7km dari Ipoh ke Sungai Petani dengan melalui zon pecutan di Kuala Kangsar, Bagan Serai dan Lunas.
Perlumbaan JM 2009 yang dianjurkan oleh Ten Speed Events Sdn Bhd disertai 21 pasukan yang terdiri pasukan kebangsaan Malaysia, Indonesia, Thailand, Malaysia B, LeTua Cycling Team, Terengganu Toshiba-Bike Labz, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jelly Belly Cycling Team (USA), Azad University Continental Team (Iran), Savings & Loan Cycling Team (Australia), Shimano Racing Team (Jepun), PolygonSweetnice Team (Indonesia), Tabriz Petrochemical Team (Iran), Aisan Racing Team (Jepun), Ride Sport Racing (Australia), Giant Asia Cycling Team (Taiwan), Bridgestone Anchor (Jepun), Trek Marco Polo Cycling Team (China), Doha Team (Qatar), Tinelli Colossi Cycling (New Zealand) dan JazySports Beacon (Filipina).
JM 2009 mempertandingkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,240km dengan saingan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka.

0 comments:
Post a Comment