Ipoh: Bangunan Runtuh









Satu kejadian bangunan lama runtuh telah berlaku kira-kira pukul 9.30 malam di Jalan Kamarudin Isa berhampiran dengan persimpangan Jalan Hospital. Dalam kejadian itu sebanyak empat buah kereta terkena serpihan runtuhan yang jatuh ke jalan raya.

Dua penumpang kenderaan terbunuh ditempat kejadian kerana tersepit didalam kenderaan manakala yang cedera pula belum dikenalpasti dan dianggarkan lebih kurang enam orang. Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan.

Pihak berkuasa terpaksa menutup Jalan Kamarudin Isa untuk kerja-kerja mengalihkan timbunan runtuhan yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya. Sehingga pukul 1 pagi tadi kerja-kerja pembersihan masih dilakukan.

Foto: Mohd Mizan Mohd

Nur Ain Fatihah

Labah-Labah

Bangau Kaki Merah

Himpunan Mansuh ISA

Beribu-ribu orang membanjiri Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk menyuarakan bantahan terhadap ISA.
Komplek Pertama juga dijadikan tempat untuk berhimpun sebelum bergerak ke Istana Negara.



Pihak berkuasa bersiap sedia dengan peralatan lengkap untuk menggempur orang awam yang berkumpul secara aman.



Foto:MalekMohd

Street Photography Tips

Get In close. All too often the actual ’subject’ of a street photograph gets lost in the activity going on around…
Get close to the subject, make them the primary object in your frame.

Be observant. Street photography is all about observing people, their actions and juxtapositions. Keep your eyes open, look for interesting connections.

Shoot a lot. I tend to shoot only when I’m sure that I know that I have a good shot in my frame. While this is a good practice, it can lead to missed opportunities. Shoot more frequently than you expect to shoot and weed out the boring shots when you download your pictures.

Don’t worry about the light too much. Concentrate on the people, your composition and your safety. Today’s cameras do a great job of metering a scene well. Use their readouts. Maybe even shoot in auto exposure mode.

Use a ‘normal’ sized camera. I’ve had a lot of people balk when I pick up my Canon EOS 5D with its 24-70mm lens and flash. They go into “hide” mode; feeling shy and possibly even worried. This is one of the reasons why I've moved down to a 'toy' like camera.

Use a Wide Angle lens. Being a participant brings you closer to your intended subjects. It can bring you right into the midst of the action. Keep a wide angle zoom or prime lens handy for these occasions.

Participate. Some of the best street photographs I’ve seen are those of people who are fully aware of the photographer. You’re more likely to get a memorable photograph when you’re part of the scene and reacting to the emotions and drama that is being acted out around you.

Know when to shoot candids. Candid photography on the street is one of its charms. Use the right equipment – long lenses, nondescript clothing and casual attitude – and you could get some gems.

Dress Normally. Gearing out like a “photographer” could lead to some hostility. Dress normally, keep your camera bag small and inconspicuous.

Worry about your camera at home. Concentrate on the street when you’re shooting. I prefer to choose my equipment carefully before leaving for a street shoot and not worry about what I “could have got” with some other equipment. When you’re on the street, make sure that you involve yourself in the scene as much as possible. Street photographs don’t need high-quality equipment to bring out the right emotion. Its all about the moment. Keep it that way, and you’ll find yourself reacting to the right elements; People – not your equipment.

Know how your equipment works. Street photography is very spontaneous and a moments fumble with the controls can leave you wishing you were quicker with your equipment.

Carry your camera inconspicuously, but not suspiciously. This will give you opportunities in street photography that you would not expect. Be casual about the camera and keep it away from your face as far as possible. Try to avoid looking like a “photographer.” As a side effect, trying to hide your camera and sneaking a photograph in when possible may make you look suspicious. Like I said, be casual about the camera.

by Susheel Chandradhas
http://www.beyondphototips.com/

Blog Peribadi

Blog Teh O Sejuk.

Majlis Perasmian Agrofest

Majlis Perasmian Agrofest 2009 telah diadakan pada 25 Jun 2009 bertempat di Ladang Infoternak, Sungai Siput sempena Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan peringkat negeri Perak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Y.A.B Dato' Dr Zambry Abd Kadir dan akan berlangsung selama empat hari mulai 25 Jun hingga 28 Jun.
Agrofest ini dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak untuk memartabatkan sektor pertanian negeri dalam menghasilkan produk-produk yang bermutu tinggi untuk dipasarkan.
Terdapat juga Pengusaha Kecil Dan Sederhana (PKS) dari seluruh negeri mengambil bahagian dalam acara ini untuk memperkenalkan produk mereka untuk diketengahkan di pasaran setempat dan juga luar negara .
Y.A.B Menteri Besar Perak tiba di perkarangan tempat perasmian sambil di sambut meriah oleh pasukan kompang dan juga pembawa bunga manggar.

Rakyat juga tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Menteri Besar.

Y.A.B Menteri Besar bersama-sama tetamu sedang menyanyikan lagu Negaraku sambil diiringi oleh Koir Selendang Perak.

Y.A.B menyeru semua pihak yang terlibat dalam sektor pertanian supaya meningkatkan mutu pengeluaran untuk bersaing di peringkat global.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.A.B Menteri Besar Perak sambil disaksikan oleh Y.B Dato' Dr Abd Rahman Hashim Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Salah seorang penternak yang berjaya menerima anugerah dari Y.A.B Menteri Besar.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Pertubuhan Peladang Negeri Perak (PPNP) bagi pembangunan pakej pengeluaran ternakan lembu Brakmas.
Y.A.B Menteri Besar tertarik melihat hasil dari penyelidikan yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian dalam memajukan industri pertanian.







Foto:MohdMizanMohd

Hari Bertemu Pelanggan Daerah Kinta


Y.A.B Dato' Seri Dr Zambry Bin Abd Kadir Menteri Besar Perak sedang berucap di majlis Hari Bertemu Pelanggan peringkat daerah Kinta di Arena Square Batu Gajah.

Foto:MohdMizanMohd

Peperiksaan Ahli Fotografi

ni gambar aku kat RTM Kedah. masa ni aku amik peperiksaan ahli fotografi bahagian teori. antara soalan yang ditanya termasuklah analisa gambar, teori tentang gambar video. akhir sekali aku kena shot video selama 15 minit..tajuk yang diberi pulak adalah ALAM SEMULAJADI. hahaha...adakah aku berjaya???


Jelajah Malaysia 2009. Penamat Peringkat 1

Jelajah Malaysia (JM) 2009 yang memulakan saingannya hari ini menyaksikan pelumba Jepun, Makoto Iijima dari pasukan Bridgestone Anchor sekali lagi membuktikan kehandalannya dengan menjuarai perlumbaan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh.
Kejayaan beliau dalam perlumbaan sejauh 176.8km hari ini bermakna beliau mengulangi pencapaiannya pada JM 2007 apabila turut menakluki peringkat pertama perlumbaan Bentong ke Kuantan.
"Pada kilometer ke-110 lagi saya telah berjaya melepaskan diri daripada kelompok besar. Laluan hari ini juga tidak banyak pendakian dan memberikan saya kelebihan," katanya.
Beliau yang sememangnya merupakan seorang pakar pecut menamatkan perlumbaan dengan merakamkan 3 jam 59 minit dan 55 saat diikuti pelumba Iran Amir Zargari dari pasukan Azad University Continental serta pelumba tempatan Ahmad Haidar Anuawar dari pasukan Trek Marco Polo Cycling yang masing-masing mengekori ditempat kedua dan ketiga.
Iijima, 38, turut membawa pulang jersi kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan dan juga jersi polka dot selaku raja bukit apabila menjadi pelumba pertama yang tiba di zon pendakian di Gopeng.
Sementara itu pelumba tempatan Ahmad Haidar Anuawar yang julung kalinya membuat penampilan dalam pasukan benua Trek Marco Polo, berjaya melepaskan diri daripada bayangan pelumba lain untuk membuktikan kehebatannya sebagai raja pecut.
Pelumba yang berasal dari Cukai, Terengganu itu mengumpul tujuh mata apabila menduduki tempat pertama di zon pecutan pertama di Sungai Besar dan menduduki tempat ketiga pada zon pecutan kedua di Teluk Intan.
"Pada awal persaingan di zon pecutan pertama dan kedua, memang ada sedikit persaingan antara saya dan Anuar Manan (Azad University). Saya akan teruskan strategi yang sama pada hari ini untuk perlumbaan esok bagi mengumpul lebih mata," katanya.
Ahmad Haidar, 23, yang turut membawa pulang jersi pelumba terbaik tempatan sebelum ini pernah mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dan LeTua tetapi sering 'dibayangi' dengan pencapaian rakan sepasukannya, Anuar.
"Sudah tiga tahun saya bersama dengan Anuar bergandingan sebagai rakan sepasukan dan kami masing-masing sudah tahu kelemahan masing-masing. Saya harap dapat mengekalkan jersi putih ini sebelum peringkat pendakian di peringkat tiga," katanya.
Esok, para pelumba akan mengharungi peringkat kedua sejauh 192.7km dari Ipoh ke Sungai Petani dengan melalui zon pecutan di Kuala Kangsar, Bagan Serai dan Lunas.
Perlumbaan JM 2009 yang dianjurkan oleh Ten Speed Events Sdn Bhd disertai 21 pasukan yang terdiri pasukan kebangsaan Malaysia, Indonesia, Thailand, Malaysia B, LeTua Cycling Team, Terengganu Toshiba-Bike Labz, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jelly Belly Cycling Team (USA), Azad University Continental Team (Iran), Savings & Loan Cycling Team (Australia), Shimano Racing Team (Jepun), PolygonSweetnice Team (Indonesia), Tabriz Petrochemical Team (Iran), Aisan Racing Team (Jepun), Ride Sport Racing (Australia), Giant Asia Cycling Team (Taiwan), Bridgestone Anchor (Jepun), Trek Marco Polo Cycling Team (China), Doha Team (Qatar), Tinelli Colossi Cycling (New Zealand) dan JazySports Beacon (Filipina).
JM 2009 mempertandingkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,240km dengan saingan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka.

Sumber dari http://www.jelajah.com.my/
Foto:MohdMizanMohd



Teksi Pulau Pangkor



Van yang dijadikan teksi adalah pengangkutan awam yang utama di Pulau Pangkor. Terdapat berpuluh-puluh teksi ini yang memberikan perkhidmatan kepada pelancong-pelancong yang melawat pulau ini. Teksi ini juga menjadi pengangkutan harian bagi penduduk pulau ini untuk menjalankan aktiviti di sekitar pulau.

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang





Colmar Tropicale adalah sebuah resort unik yang bertemakan sebuah perkampungan Perancis pada kurun ke-16, Century Colmar Village di Alsace, Perancis. Resort ini terletak di Berjaya Hill, Bukit Tinggi Pahang pada ketinggian 2600 kaki di atas paras laut dan berkeluasan 80 ekar dilitupi hutan hujan tropika.

Sidang Tergempar DUN Perak

Photobucket

Satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah diadakan oleh Pakatan Rakyat di bawah sebatang pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan dewan persidangan.

Kejadian berlaku apabila pihak pengurusan Bangunan tersebut serta pihak polis tidak membenarkan Pakatan Rakyat untuk menggunakan dewan tersebut. Pihak polis dikerah untuk mengawal pintu masuk bangunan itu.Beberapa sekatan jalan raya juga dibuat di laluan yang menuju ke bangunan tersebut.

Dalam persidangan tergempar tersebut seramai 27 wakil rakyat Pakatan dengan dipengerusikan oleh Speaker V. Sivakumar telah meluluskan usul menyokong Dato' Seri Mohamad Nizar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.


Photobucket

Photobucket

Rakyat pelbagai kaum menyatakan sokongan untuk usul membubarkan DUN Perak.

Photobucket

Kenderaan rasmi Menteri Besar Perak bergerak meninggalkan kawasan persidangan untuk ke pejabat DAP.

Photobucket

Beberapa orang pengiring peribadi mengiringi kenderaan rasmi Menteri Besar.

Photobucket

Photobucket

Ketibaan MB Nizar di pejabat DAP dikawal ketat oleh pengiring peribadi serta penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Photobucket

Photobucket

Kekecohan berlaku diantara beberapa orang penyokong didalam sebuah restoran sehingga berlaku sedikit pergaduhan.

Photobucket

Photobucket

Pengerusi DAP Lim Kit Siang dikawal ketat semasa meninggalkan pejabat DAP.

Photobucket

Foto:MohdMizanMohd