Majlis Perasmian Agrofest 2009 telah diadakan pada 25 Jun 2009 bertempat di Ladang Infoternak, Sungai Siput sempena Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan peringkat negeri Perak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Y.A.B Dato' Dr Zambry Abd Kadir dan akan berlangsung selama empat hari mulai 25 Jun hingga 28 Jun.
Agrofest ini dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak untuk memartabatkan sektor pertanian negeri dalam menghasilkan produk-produk yang bermutu tinggi untuk dipasarkan.
Terdapat juga Pengusaha Kecil Dan Sederhana (PKS) dari seluruh negeri mengambil bahagian dalam acara ini untuk memperkenalkan produk mereka untuk diketengahkan di pasaran setempat dan juga luar negara .
Y.A.B Menteri Besar Perak tiba di perkarangan tempat perasmian sambil di sambut meriah oleh pasukan kompang dan juga pembawa bunga manggar.
Y.A.B Menteri Besar bersama-sama tetamu sedang menyanyikan lagu Negaraku sambil diiringi oleh Koir Selendang Perak.
Y.A.B menyeru semua pihak yang terlibat dalam sektor pertanian supaya meningkatkan mutu pengeluaran untuk bersaing di peringkat global.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.A.B Menteri Besar Perak sambil disaksikan oleh Y.B Dato' Dr Abd Rahman Hashim Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Salah seorang penternak yang berjaya menerima anugerah dari Y.A.B Menteri Besar.
Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Pertubuhan Peladang Negeri Perak (PPNP) bagi pembangunan pakej pengeluaran ternakan lembu Brakmas.
Y.A.B Menteri Besar tertarik melihat hasil dari penyelidikan yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian dalam memajukan industri pertanian.
Foto:MohdMizanMohd